LAMAN AZARO

Sejak 17 Jun 2004


LINGKARAN
KENALAN

[ahada]
[alHakimi] [
alana]
 [
abyadh][amiza
[
akhifaizul]
 [
aidilkhalid][ahmad]
[
anamuslimah]
[
abuhanzalah]
 [
ct_cute][drMaya]
[
Ep] [Hana]
[
Hanyasayang]
[
Hilmy][Idham]
 [
Izzul] [ibnHazam]
[
Jiwarasa] [Kngah]
 [
Keyrol][Little]
[
lelangit] [Luqman]
[
Mohannad][MissApple]
 [
Mokh] [Mueez]
 [
Nureeman] [Nile]
 [
PakDee] [Rnysa]
 [
Rehab] [Syaffa]
 [
Sajen] [Syuth]
 [
Saif] [Suriyati]
 [
TokRimau] [Thurayya]
 [
Wanzu][Wawa]
[
Zino] [Zalina]




 
 


 


 

 

    

JURNAL HARIAN
1 July 2005

Biji kas-kas

Baru-baru ni gempar lagi isu gerai makanan India Muslim yang bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Rata-ratanya beroperasi 2 jam. Kita sememangnya tidak harus cemburu dengan kepakaran mereka mengusahakan restoran makanan. Mereka memang cekap dan persatuan mereka juga kukuh. Cuma satu isu yang agak sensitif dan menarik perhatian ialah penggunaan biji kas-kas yang dikatakan boleh menimbulkan ketagihan dan khayal jika digunakan keterlaluan. Memang ada benarnya, penggemar makanan kari ini seakan terlalu ketagihan, bahkan kecanduan. Ketika di Bahau, seorang Cina yang mengeluh. Dia kata, ini kedai sup manyak susah oo.... Selalu teringat laaa.....

Sebelum ni orang cerita macam-macam. Mereka kata mamak pakai pelaris la... Dalam akhbar semalam, timbalan pengarah jabatan pertanian berkata, penggunaan biji kas-kas secara berlebihan boleh menyebabkan ketagihan dan khayal. Katanya lagi, ramai yang tidak tahu kas-kas adalah biji popi, yang getah bunganya digunakan untuk menghasilkan candu [Rujuk Berita Harian, 30 Jun, halaman 5] Menurut akhbar BH lagi, kajian saintifik mengesahkan bahawa masakan yang mengandungi kas-kas boleh menyebabkan pemakannya diuji positif candu dan opiates.

Pengerusi persatuan masakan india muslim sebelum ini memang mengakui, restoran mamak tidak menggunakan daun ganja dan candu sepertimana yang didakwa. Sebaliknya mereka hanya menggunakan biji kas-kas yang diimport dari India. Biji ini memang digunakan secara meluas oleh masyarakat India, ujarnya.

Isu ini mendapat perhatian serius apabila anggota parlimen Jasin, Dato' Mohd said Yusuf mendakwa restoran mamak menggunakan biji kas-kas sehingga pengunjung ketagih.
 


JURNAL HARIAN
24 Jun 2005

Slanga mempengaruhi makna

Beberapa negeri memberi makna tersendiri bagi katanama tertentu. Kalau tidak diamat-amati kekadang timbul kekeliruan, bahkan berbalah. Sesetengah negeri, katanama 'semalam' merujuk kepada malam tadi [Biasanya di pantai timur]. Di negeri sembilan, 'semalam' difahami hari sebelumnya, biasanya sebelah siang, manakala malamnya, disebut malam tadi. Di Terengganu, semalam memberi makna malam tadi [sebelah malam sahaja] Manakala hari sebelumnya [secara umum, biasanya sebelah siang], disebut kelmarin. Kalau dua hari sebelumnya [selepas kelmarin] disebut kelmarin dulu. Demikian juga dengan frasa besuk pagi. Di N. Sembilan ia bererti, keesokan harinya samada pagi atau petang. Sesetengah tempat hanya menganggapnya sebelah pagi, manakala petang, di sebut besuk petang. Di N. sembilan kita memahaminya secara umum, samada pagi mahupun petang. Kalau disebut, 'besuk pagi aku hendak ke sana', ini bererti tidak semestinya pagi, barangkali sebelah pagi mahupun tengah hari.

Negeri-negeri pantai timur sering menggunakan kata peneguh yang dianggap pengulangan yang tidak perlu. Contohnya, mengantuk mata [ngatuk mata - slanga Terengganu] Lapar perut, lapar nasi dll. Sedangkan kalau diikutkan adakah yang lapar selain perut, adakah yang mengantuk selain mata. Kebiasaan di pantai barat, kita hanya sebut, 'aku dah mengantuk. 'Aku dah lapar ni..' atau, 'Perut aku dah lapar'. Perbezaan ini disedari bagi yang prihatin, atau mungkin semua menyedari, tapi tak berapa ambil peduli. Mungkin juga ada yang benar-benar perasaan kekeliruan makna ini.


JURNAL HARIAN
21 Jun 2005

Jarum dan kondom

Beruntungnya penagih era mellineum kerana mereka akan dibekalkan kondom dan jarum percuma. Kalau tak silap pembacaan, beberapa minggu sebelum pengumuman ini, akhbar ada menulis, jika dibandingkan dengan negara membangun yang lain, Malaysia masih lagi diperingkat permulaan. Tak berapa lama selepas tu, terpapar kenyataan, virus HIV yang yang dibiakkan oleh penagih di Malaysia kini di peringkat darurat. Kenapa tidak kembali ke akar umbi masalah. Brunei enggan mengikut jejak langkah Malaysia, kerana menurut mereka, tidak mahu dianggap sebagai satu galakkan kepada penagih. Kenapa kita memilih jalan pintas yang hasilnya belum tentu mengutungkan. Beruntungnya pembekal jarum dan kondom. Sudah tentu pendapatan mereka berlipat ganda selepas pengumuman ini.


JURNAL HARIAN
13 Jun 2005


Kemalangan maut

Siang tadi baru kembali dari Negeri sembilan, setelah hampir dua minggu berada di sana. Sepanjang tempoh itu isteri berada di MPI Bangi, kecuali di hujung minggu sempat kembali seketika ke rumah mertua, di samping meraikan perkahwinan adik ipar. Selama di N. S memang langsung tidak berkesempatan  menjengah ke dunia siber. Saya yakin pengunjung kini faham kenapa blog tidak ber-update.

Selama cuti sekolah 2 minggu, banyak kemalangan maut yang meragut nyawa sekeluarga. Ramai anak yang jadi yatim piatu, ramai isteri yang menjanda. Puncanya, jalan tak elok atau sikap pemandu, atau takdir sudah menentukannya begitu? Apa yang saya lihat, semakin besar jalan, semakin ramai remaja yang berlumba haram. Semakin lurus, pemandu semakin memecut dan terlalu selesa serta yakin. Mengikut pengamatan penulis, kemalangan jarang berlaku di jalan yang terlalu berselekoh kerana pemandu lebih berhati-hati. Jalan lurus kini dilihat dah jadi sungai mayat. Jadi, apakah kerajaan perlu membengkokkan jalan yang terlalu lurus. Bagi saya, punca sebenar ialah sikap pemandu sendiri. Sejauh manakah mereka berusaha menghindari kemalangan maut.


JURNAL HARIAN
28 Mei 2005

Sepagi di Karangkraf

Lebih kurang sejam lebih berada di meja editor Karangkraf [KK] - Bhgn Majalah, Kak Sri Diah, masa dirasakan begitu pantas berlalu. Keramahan dan kepetahannya berbicara langsung tidak membuatkan kami sekeluarga berasa canggung bersua dengannya. Hingga terlupa siapa sebenarnya orang di hadapan kami. Kak Sri antara tokoh yang paling senior dalam KK. Selebriti unik, seorang editor sekaligus penulis dan novelis yang telah 20 tahun lebih berada di KK, tapi langsung tidak memperlihatkan dirinya telah jemu atau bosan dengan kariernya. Malah masih kelihatan begitu bersemangat, melangkah yakin, tabah, cekal dan penuh misi. Sifat keibuan yang begitu tebal, langsung tidak menampakkan yang dirinya seorang penjawat yang berperanan penting di dalam sektornya sendiri. Kak Sri sedang gencar menyiapkan novel terbarunya. Seluruh peminat pastinya sudah terlalu dahagakan sentuhan penanya.

Satu insiden mencemaskan berlaku sepanjang kami di ruang pejabat. Anak tersengkang gula-gula di tenggorok. Mujur terkeluar semula setelah termuntah. Saya dah cemas. Ini dah kali ke lima kejadian yang sama berulang, kata isteri. Kak sri menghulurkan beberapa helai tisu buat mengelap lelehan mutah. Syukur tak apa-apa.

Sebelum berangkat pulang, Kak Sri belanja makan di kafe KK. Makan nasi putih berlauk ikan pari masak asam pedas. Anak menjamah seketul ayam berserta sayur. Kak Sri pulak hanya berlaukkan sayur. [Barangkali sedang diet atau jaga badan] Kak Sri jarang makan tengahari. Waktu pagi Kak Sri mengambil sarapan berat, ujarnya ringkas. Waktu rehat banyak dihabiskan untuk menulis novel. Rutin hidup penulis. Mencuri waktu-waktu senggang untuk berkarya. Menunggu waktu lapang sehingga bila takkan bersua. Isteri berhasrat untuk membeli beberapa buah novel. Ketika menghulur wang di kaunter, juruwang ketiadaan wang kecil. Bertanya Kak Sri jika ada wang kecil. Rupa-rupanya duit  saya dikembalikan, lantas kak sri yang menanggung semua kos. Hendaknya kak Sri tak menyesal menyambut kedatangan kami, sehingga terpaksa berbelanja secara tidak terancang. Maafkan kami wahai kak sri atas ketidaksengajaan itu.
 



JURNAL HARIAN
2
7 Mei 2005

Bencana besar - Armageddon

Banyak perkara yang nak didebarkan dalam hati. Antaranya berdebar menghadapi saat berenggang dengan isteri yang hendak mengikuti kursus perguruan. Dua minggu pulak tu... Anak ditinggalkan bersama suami. Alangkah janggalnya dirasakan. Kedua, berdebar menanti keputusan temuduga. Apakah ada sinar atau masih berteduh di bawah awan kelabu. Semuanya entah...

ii

Beberapa hari lepas ada seseorang bagitau, pada tanggal 25 Mei ini ada malapetaka besar bakal terjadi. Lebih dahsyat dari bencana Tsunami. Sampai-sampai ke rumah sekembali dari berjalan jauh, ipar duai sok sek, sok sek, itu ini. Katanya akan lahir seorang bayi kecil yang boleh berkata-kata. Dalam genggaman tangannya ada tulisan nombor 25. Katanya lagi, amaran ini dikeluarkan oleh seseorang yang berpengaruh besar. Sebelum ini pun saya dah dengar cerita sebegini. Katanya, pada 25 safar akan berlaku satu keanehan. Tok guru pondok Pasir Tumbuh yang kata, ujar mereka. Saya katakan, semuanya serba mungkin. Boleh jadi benar, boleh jadi tidak. Soalnya benarkah mereka kata? Jangan pandai-pandai nak kait-kaitkan dengan amaran seseorang; tok guru, orang itu, orang ini. Kemungkinan berita ini disebar dalam internet atau sms. Hati-hati!! Adakalanya boleh jadi ada rencana lain untuk menjatuh imej individu, lalu dikaitkan ramalan yang bukan-bukan dan dikaitkan dengan orang-orang tertentu. Bila semua orang percaya, tau-tau sampai tarikhnya tak jadi apa-apa, apa jadi dengan imej orang berkenaan. Kan boleh menjatuhkan maruahnya. Saya cuma jawab, kita tunggu dan lihat. Ternyata 2 tarikh berkenaan sudah berlalu dan tiada apa-apa yang berlaku. Jelas!! Kalau mungkin terjadi, tak semestinya pada tanggal 25, memang mala petaka banyak berlaku di akhir zaman. Bahkan akan lahir dajjal. Siapakah yang mereka-reka cerita tadi. Apa agenda sebenarnya. Lain kali dengar boleh, tapi jangan percaya dulu.


JURNAL HARIAN
24 Mei 2005
Ragam Pemandu

Seawal pagi menuju ke Kelang dengan memandu kenderaan, benar-benar menampakkan tabiat buruk segelintir pemandu masyarakat kita. Dengan aksi samseng, berlagak jaguh, gelojoh dan cetek akal mereka memotong membabi buta dalam kesesakan jalan K. Selangor - Kelang yang  berderet panjang, kononnya dialah yang paling cepat dan cekap. Tapi taklah secekap mana dan tak boleh memecut selaju mana. Apa tidaknya, jalan sesak macamana nak memecut. Kejap-kejap terpaksa memberek. Tidak ke memandu sebegitu boleh menambah sesak kepala. Sepanjang perjalanan, hati ni tak sudah-sudah menyumpah-nyumpah. Sempat menjeling-jeling, ingin melihat siapa dia gerangan jaguh jalanraya itu, oohh... rupa-rupanya anak remaja melayu kita juga. Setahu saya cara pemandu di Malaysia sering dikritik oleh pelawat dari luar. Mereka kata pemandu Malaysia, telinga nipis, panas baran, pantang silap sikit, pantang lambat dan macam-macam lagi. gambaran buruk ini dikukuhkan lagi, apabila tragedi sebuah bas yang membawa delegasi luar terlibat dengan kemalangan di Sabah baru-baru ini.   

 

 

ANJUNG TAMU

klik di sini

online

 

 yahoo : abuzar_alhusna

chatting :
za_na2003

 

PENULIS TEGAR

[nisahharun]
[
sridiah] [akhimasrawi] [zaidakhtar] [salinaibrahim]
[
mba]
[
rasanubari] [paklatip]
[
nazmi]
 

INFO SEMASA

[BHARIAN]
[
UTUSAN]
[
HARAKAHDAILY]
[
BERNAMA]
[
ALJAZEERA]
[
ALAHRAM]
[
KARANGKRAF]
[
DBP]
[
ISLAMONLINE]
[
BBC]
[
UJANAILMU]
[
AFAQ ARABIYA]
[
BUKUONLNE]
[
NASEEJ]